Thursday 22 November 2012


  
Rujukan kami ( 2 ) MATAF /DERMA /2012  
Muslimin dan Muslimat yang budiman
Dato'/Tuan/Puan,                                                                                                 16 hb November 2012

ALU ALUAN  SUMBANGAN DERMA MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL FALAH SEREMBAN.
Merujuk kepada perkara di atas kami selaku Jawatankuasa Madrasah ini sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas Muslimin dan Muslimat yang budiman untuk menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan madrasah kami.
2. Untuk makluman, pihak kami telah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan untuk menjalankan pungutan derma sepertimana surat Bil (36) dalam PANS 196 (09) jld.3 bertarikh 31 Oktober 2012 yang sahlaku daripada 1hb Nov 2012 sehingga 31 hb Oktober 2013.
3. Projek pembangunan Kompleks Madrasah meliputi pembinaan surau, bilik kelas,rumah guru, asrama pelajar dan kerja kerja berkaitan yang menelan perbelanjaan RM 5.3 milion dijangka akan di mulakan penghujung tahun 2012 ini dan akan mengambil masa 3 tahun. Apabila siap kelak ,kompleks ini di jangka akan dapat menampung pelajar seramai 300 orang.
4. Setiap Sumbangan Muslimin dan Muslimat bolehlah dikirimkan atas nama MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL FALAH yang beralamat seperti di atas atau melalui WANG POS/MONEY ORDER/BANK DRAFT/ CEK BERPALANG atau terus ke akaun MAYBANK , NO AKAUN SEMASA 555171503479.
Akhir kata pihak kami sangat menghargai setiap sumbangan Muslimin dan Muslimat agar usaha kita melahirkan GENERASI ALQURAN dapat diteruskan demi meneruskan perjuangan para Ambiak dan Mursalin dalam mencari keredaan ALLAH SWT.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk halaman blog http://madrasahtahfizalfalahseremban.blogspot.com/ atau hubungi Setiausaha, Azhar Shaharudin
 Sekian terima kasih
Yang benar,

Suhaili bin Sahari
Pengerusi Maahad Tahfiz Alquran Al Falah
                              

                          ﺍﻠﺴﻼﻡ ﻋـﻠﻴﻜﻡ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﷲ ﻮﺑﺮﻜﺎﺗـــﻪ        
                  CADANGAN  PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL FALAH

PENGENALAN SEPINTAS LALU.
Madrasah ini bernama MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL FALAH . Madrasah ini merupakan Maahad Tahfiz Al-Quran yang telah  mula beroperasi pada 1hb mac 2012- dengan lima orang pelajar di sebuah banglo yang disewa di alamat tersebut . Bilangan pelajar sehingga bulan November 2012 adalah seramai 14 orang dan di jangkakan akan mencapai kapasiti maksima 25 orang menjelang pendaftaran awal tahun 2013 nanti.

Madrasah ini didaftarkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan mengikut peruntukan di bawah seksyen 13 ( 3 ) Enakmen  Pengawalan Sekolah sekolah Agama Islam 1996 dengan No Pendaftaran 41 - 145/2012 berkuatkuasa pada 24hb September 2012 bersamaan 8 Zulkaedah 1433 H.
Pentadbiran madrasah ini dibuat melalui sebuah jawatan kuasa sukarela yang di ketuai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari ,AJK kecil dan Mudir beserta se orang Ustaz Al Hafiz. Peranan utama jawatankuasa ini untuk menentukan halatuju dan mengendalikan operasi madrasah.
Sejak madrasah ini ditubuhkan, para ustaz dan pelajar telah memberikan  impak positif terhadap penduduk kejiranan  dengan menyertai  aktiviti masyarakat setempat yang dianjurkan oleh pihak kariah surau serta ahli kawasan kejiranan. Malahan, dari kalangan ustaz dan pelajar juga telah di beri kepercayaan untuk mengimami sembahyang tarawih di surau ini dan kariah surau yang berdekatan.
Setakat ini perbelanjaan operasi madrasah ini adalah daripada yuran bulanan, sumbangan peribadi Jawatankuasa dan kenalan rapat mereka serta bantuan BAITULMAL Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS. Anggaran perbelanjaan operasi secara purata adalah berjumlah RM 7500 ( Ringgit : Tujuh Ribu Lima Ratus ) termasuk elaun tenaga pengajar, tukang masak serta warden, penyediaan makanan, pembayaran bil api,air serta telefon dan penyewaan rumah.
                
PEMBINAAN KOMPLEKS MADRASAH.DI TANAH WAKAF MUKIM RANTAU
Matlamat madrasah ialah untuk melahirkan genarasi Al Quran yang berperanan dalam melaksanakan misi Dakwah Islamiyah yang berterusan sebagai satu tuntutan sebagai penyambung Dakwah Rasullulah SAW. Untuk memenuhi matlamat tersebut jawatankuasa madrasah telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks lengkap supaya pembelajaran yang kondusif dan teratur dapat di rancang dan mampu di laksanakan.
Ianya juga adalah selaras dengan hasrat seorang hamba ALLAH yang telah bersetuju mewakafkan tanah seluas 2.156 ekar untuk tujuan membangunkan bangunan bangunan yang berkaitan dengan keperluan madrasah. Selain daripada tanah wakaf tersebut,pihak Jawatankuasa juga sedang menimbangkan cadangan untuk membina kompleks madrasah di dalam/kawasan berhampiran surau Nurul Ihsan Rasah Kemayan.
Untuk menampung pembinaan kompleks tersebut, pihak kami telah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan untuk menjalankan pungutan derma sepertimana surat Bil (36) dalam PANS 196 (09) jld.3 bertarikh 31 Oktober 2012 yang sahlaku daripada 1hb Nov 2012 sehingga 31 hb Oktober 2013.Pungutan derma yang akan di laksanakan adalah mengikut kaedah kaedah tabung-tabung derma, sijil-sijil atau reset wakaf atau surat pungutan derma kepada ajensi-ajensi kerajaan, swasta dan individu.
 Anggaran Kos pembangunan kompleks madrasah adalah sepertimana berikut:
Jenis bangunan/kerja
Anggaran Kos ( RM )
Pembersihan tapak
25,000
Pemasangan pagar
18,000
Surau
400,000
Bangunan Akademi
1,200,000
Kompleks Hafizah
1,200,00
Bangunan Asrama
1,500,000
Kediaman kakitangan 5 unit
600,000
Padang permainan futsal, takraw dan bolatampar
80,000
VAN 14 tempat duduk
100,000
Peralatan Audio Video
12,000
     Jumlah keseluruhan
5,135,000

Kami amat berbesar hati sekiranya kaum Muslimin dan muslimat semua dapat bersama sama menyumbang kewangan, tenaga ,buah fikiran dan masa yang di pinjamkan oleh ALLAH SWT untuk membantu kami menjaya visi melahirkan generasi ulama yang hafiz , berilmu dan mengembangkan kalimat ALLAH di muka bumi ini.Wassalam.
Jawatankuasa Jemaah Pengurusan
Maahad Tahfiz AL Quran AL Falah Seremban.

Tuesday 14 August 2012