Rujukan
kami ( 2 ) MATAF /DERMA /2012
Muslimin dan Muslimat yang budiman
Dato'/Tuan/Puan, 16
hb November 2012
ALU ALUAN SUMBANGAN DERMA MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL
FALAH SEREMBAN.
Merujuk kepada perkara di atas kami selaku
Jawatankuasa Madrasah ini sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas Muslimin dan
Muslimat yang budiman untuk menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan
madrasah kami.
2. Untuk makluman, pihak kami telah
mendapatkan kelulusan dari Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan untuk
menjalankan pungutan derma sepertimana surat Bil (36) dalam PANS 196 (09) jld.3
bertarikh 31 Oktober 2012 yang sahlaku daripada 1hb Nov 2012 sehingga 31 hb Oktober
2013.
3. Projek pembangunan Kompleks Madrasah
meliputi pembinaan surau, bilik kelas,rumah guru, asrama pelajar dan kerja
kerja berkaitan yang menelan perbelanjaan RM 5.3 milion dijangka akan di
mulakan penghujung tahun 2012 ini dan akan mengambil masa 3 tahun. Apabila siap
kelak ,kompleks ini di jangka akan dapat menampung pelajar seramai 300 orang.
4. Setiap Sumbangan Muslimin dan Muslimat
bolehlah dikirimkan atas nama MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL FALAH yang beralamat
seperti di atas atau melalui WANG POS/MONEY ORDER/BANK DRAFT/ CEK BERPALANG
atau terus ke akaun MAYBANK , NO AKAUN SEMASA 555171503479.
Akhir kata pihak kami sangat menghargai
setiap sumbangan Muslimin dan Muslimat agar usaha kita melahirkan GENERASI
ALQURAN dapat diteruskan demi meneruskan perjuangan para Ambiak dan Mursalin
dalam mencari keredaan ALLAH SWT.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk halaman
blog http://madrasahtahfizalfalahseremban.blogspot.com/ atau hubungi Setiausaha, Azhar Shaharudin
Sekian
terima kasih
Yang benar,
Suhaili bin Sahari
Pengerusi Maahad Tahfiz Alquran Al Falah
ﺍﻠﺴﻼﻡ ﻋـﻠﻴﻜﻡ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﷲ
ﻮﺑﺮﻜﺎﺗـــﻪ
CADANGAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL
FALAH
PENGENALAN SEPINTAS LALU.
Madrasah ini bernama MAAHAD TAHFIZ
AL QURAN AL FALAH . Madrasah ini
merupakan Maahad Tahfiz Al-Quran yang telah mula beroperasi pada 1hb mac 2012- dengan lima orang pelajar di sebuah
banglo yang disewa di alamat tersebut . Bilangan pelajar sehingga bulan
November 2012 adalah seramai 14 orang dan di jangkakan akan mencapai kapasiti
maksima 25 orang menjelang pendaftaran awal tahun 2013 nanti.
Madrasah
ini didaftarkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan mengikut peruntukan
di bawah seksyen 13 ( 3 ) Enakmen Pengawalan
Sekolah sekolah Agama Islam 1996 dengan No Pendaftaran 41 - 145/2012
berkuatkuasa pada 24hb September 2012 bersamaan 8 Zulkaedah 1433 H.
Pentadbiran madrasah ini dibuat melalui
sebuah jawatan kuasa sukarela yang di ketuai oleh Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari ,AJK kecil dan Mudir beserta se orang Ustaz Al
Hafiz. Peranan utama jawatankuasa ini untuk menentukan halatuju dan
mengendalikan operasi madrasah.
Sejak madrasah ini ditubuhkan, para ustaz
dan pelajar telah memberikan impak
positif terhadap penduduk kejiranan dengan menyertai aktiviti masyarakat setempat yang dianjurkan
oleh pihak kariah surau serta ahli kawasan kejiranan. Malahan, dari kalangan
ustaz dan pelajar juga telah di beri kepercayaan untuk mengimami sembahyang
tarawih di surau ini dan kariah surau yang berdekatan.
Setakat ini perbelanjaan operasi madrasah
ini adalah daripada yuran bulanan, sumbangan peribadi Jawatankuasa dan kenalan
rapat mereka serta bantuan BAITULMAL Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS. Anggaran
perbelanjaan operasi secara purata adalah berjumlah RM 7500 ( Ringgit : Tujuh
Ribu Lima Ratus ) termasuk elaun tenaga pengajar, tukang masak serta warden,
penyediaan makanan, pembayaran bil api,air serta telefon dan penyewaan rumah.
PEMBINAAN KOMPLEKS MADRASAH.DI TANAH WAKAF
MUKIM RANTAU
Matlamat madrasah ialah untuk melahirkan
genarasi Al Quran yang berperanan dalam melaksanakan misi Dakwah Islamiyah yang
berterusan sebagai satu tuntutan sebagai penyambung Dakwah Rasullulah SAW.
Untuk memenuhi matlamat tersebut jawatankuasa madrasah telah bersetuju untuk
membina sebuah kompleks lengkap supaya pembelajaran yang kondusif dan teratur
dapat di rancang dan mampu di laksanakan.
Ianya juga adalah selaras dengan hasrat
seorang hamba ALLAH yang telah bersetuju mewakafkan tanah seluas 2.156 ekar
untuk tujuan membangunkan bangunan bangunan yang berkaitan dengan keperluan
madrasah. Selain daripada tanah wakaf tersebut,pihak Jawatankuasa juga sedang
menimbangkan cadangan untuk membina kompleks madrasah di dalam/kawasan
berhampiran surau Nurul Ihsan Rasah Kemayan.
Untuk menampung pembinaan kompleks
tersebut, pihak kami telah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Agama Hal Ehwal
Islam Negeri Sembilan untuk menjalankan pungutan derma sepertimana surat Bil
(36) dalam PANS 196 (09) jld.3 bertarikh 31 Oktober 2012 yang sahlaku daripada
1hb Nov 2012 sehingga 31 hb Oktober 2013.Pungutan derma yang akan di laksanakan
adalah mengikut kaedah kaedah tabung-tabung derma, sijil-sijil atau reset wakaf
atau surat pungutan derma kepada ajensi-ajensi kerajaan, swasta dan individu.
Anggaran Kos pembangunan kompleks madrasah
adalah sepertimana berikut:
Jenis bangunan/kerja
|
Anggaran Kos ( RM )
|
Pembersihan tapak
|
25,000
|
Pemasangan pagar
|
18,000
|
Surau
|
400,000
|
Bangunan Akademi
|
1,200,000
|
Kompleks Hafizah
|
1,200,00
|
Bangunan Asrama
|
1,500,000
|
Kediaman kakitangan 5 unit
|
600,000
|
Padang permainan futsal, takraw dan
bolatampar
|
80,000
|
VAN 14 tempat duduk
|
100,000
|
Peralatan Audio Video
|
12,000
|
Jumlah keseluruhan
|
5,135,000
|
Kami amat berbesar hati sekiranya kaum
Muslimin dan muslimat semua dapat bersama sama menyumbang kewangan, tenaga
,buah fikiran dan masa yang di pinjamkan oleh ALLAH SWT untuk membantu kami
menjaya visi melahirkan generasi ulama yang hafiz , berilmu dan mengembangkan
kalimat ALLAH di muka bumi ini.Wassalam.
Jawatankuasa Jemaah Pengurusan
Maahad Tahfiz AL Quran AL Falah Seremban.
Borgata Hotel Casino and Spa - Mapyro
ReplyDeleteHotel, Casino & Spa 나주 출장마사지 in Atlantic City, NJ 수원 출장안마 is located near Golden Nugget Casino and Golden Nugget Casino. The casino offers 김해 출장샵 a casual dining 구리 출장마사지 experience with 목포 출장마사지 a