Sunday 9 November 2014

PROGRAM TEKNIK PENGHAFALAN AL QURAN DAN PENGHAYATAN SOLAT 
(MUSIM CUTI SEKOLAH AKHIR 2014)

PESERTA:
Khas untuk semua pelajar tingkatan rendah dan menengah.

TEMPAT:
Pelajar Lelaki
i) 50, Jalan Station, Kampung Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan
ii) Masjid Lama Pedas Hilir, Lot 3303, Kariah Pedas Hilir, 71400 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan
Pelajar Perempuan
iii) Kampung Sega Hulu, Kampung Sega, 71200 Rantau, Negeri Sembilan.

TARIKH: 
24/11/2014 (Isnin) Pendaftaran (8 pagi sehingga 5 petang)

24/11/2014 – 20/12/2014 (21 hari)
i. Ahad sehingga Jumaat (setiap Jumaat petang pelajar2 bercuti dan kembali pada hari Ahad pada pukul 5pm)
ii. Tinggal di madrasah secara sepenuh masa
iii. Program berakhir adalah pada hari Jumaat, 19/12/14. Semua peserta pulang pada pagi Sabtu, 20/12/14.

YURAN: 
RM 300.00 seorang RM14 sehari

BAHAN BAHAN LARANGAN UTK PELAJAR SEMASA PROGRAM:
Telefon, Note book, Radio, Duit , Majalah dan bahan bahan yang terlarang.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADIRI PROGRAM: 
Pelajar Lelaki Jubah Putih, Al Quran, Rehal, Sabun Mandi, Sabun Basuh Baju, Tuala, Berus Gigi dan Ubat Gigi, Buku Nota, Sleeping bag, pen dan keperluan asas lain.
Pelajar Perempuan Jubah Gelap, Al Quran, Rehal, Sabun Mandi, Sabun Basuh Baju, Tuala, Berus Gigi dan Ubat Gigi, Buku Nota , sleeping bag,pen dan keperluan asas lain.

MATLAMAT KURSUS:
Melahirkan generasi yang;
1. Mencintai dan mengamalkan AlQuran dan AsSunnah
2. Mempunyai nilai jatidiri yang tinggi
3. Menerapkan nilai kehidupan Islam dalam kehidupan seharian.

KESAN DARI MENGHADIRI KURSUS: 
Insyaallah, selepas menghadiri kursus ini, pelajar-pelajar dijangka akan dapat:
1. Belajar dan mengamalkan teknik yang ideal dalam penghafalan Al Quran.
2. Menghafal sekurang-kurangnya 2 surah dari surah-surah pilihan (Yasin, As Sajadah, Al Mulk, Ar Rahman dan Al Waqiah) -bergantung kepada keupayaan individu pelajar.
3. Kesempurnaan dalam solat seperti solat berjemaah.
Tempat adalah terhad, jumlah maksimum pelajar untuk program ini adalah seramai 15 orang pelajar bagi setiap madrasah atau mengikut kepenuhan madrasah. Pemohon awal akan diutamakan.


Keterangan lanjut boleh didapati:
i. di blog Maahad Tahfiz Al Quran Al Falah http://madrasahtahfizalfalahseremban.blogspot.com/ 
ii. hubungi:
Pelajar Lelaki
i. Ustaz Zubair – 017-9926646
ii. Ustaz Zaid - 0196858210
iii. Hj Adzmi -019-2623104
iv. Hj Suhaili Sahari – 013-3974740
v. Azhar Shaharuddin – 012-2201967

Pelajar Perempuan i. Ustazah Syafiqah – 011-25516882
ii. Hj Suhaili Sahari - 0133974740
iii. Muhammad Shah b Anas – 013-2866679

Rancang cuti anda lebih awal, semoga anak-anak berpeluang mengikuti program ini.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment